# PEMERGIAN

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim;
 Every soul will taste death, and you will only be given your [full] compensation on the Day of Resurrection. So who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained [his desire]. And what is the life of this world except the enjoyment of delusion.
Al-fatihah buat sahabatku tersayang.
Pada pagi Jumaat yang indah engkau telah pergi meninggalkan kami semua. Sepertinya aku masih lagi belum percaya atas pemergian engkau :( walaupun aku sendiri dah pergi ziarah majlis pengebumian engkau pagi tadi. Aku berharap agar roh engkau tenang dekat atas sana, daripadaNya kita dicipta dan kepadaNya jua akan kita kembali. Harap engkau ada di samping aku tatkala aku sedang menaip ni, ada perkara yang perlu aku bagitahu dekat engkau. Nak tatap wajah engkau buat kali terakhir tadi pun tak berkesempatan, sesampainya aku dekat tanah perkuburan tadi orang ramai tengah berkumpul serta imam sedang baca talkin kematian buat engkau :/ tak sampai hati aku nak dengar nama engkau di sebut dalam talkin tu. Awal engkau pergi, tak sempat engkau tunaikan janji engkau dekat aku, janji engkau nak mainkan kompang untuk aku pada majlis perkahwinan aku nanti, insya'allah. Aku bukan nak elak atau nak bangga apa dengan hubungan aku, tapi aku nak engkau tahu aku sayang sangat sangat dekat dia. Alhamdulillah, engkau faham apa yang aku bagitahu dekat engkau masa tu, engkau banyak tolong aku, aku nak minta maaf sangat sangat kalau aku ada terkecil hati atau terkasar bahasa dengan engkau, ye aku ada tipu engkau, tapi aku takkan taip dekat sini, cukup aku bagitahu dekat kawan kawan terdekat aku je. Malam tadi, aku betul betul rasa tak sedap hati waktu aku tengah buat kerja, mata aku sebelah kiri tiba tiba berkedip, aku teringat orang tua tua cakap kalau mata berkedip sebelah kiri itu tandanya ada musibah terjadi. Aku tersentap, aku rasa lain macam sangat then aku tergerak hati nak online facebook, tahu tahu je kawan engkau update engkau dah takde :'( aku terkejut, lama aku terdiam. macam macam cara aku ikhtiar untuk tahu keadaan kau, aku ingat diaorang semua main main.. aku tak sangka perkara ni terjadi sendiri dekat kawan aku, even kita tak rapat macam dulu masa dekat sekolah tapi aku tetap terasa kehilangan kau :'( Maafkan aku. Takziah buat keluarga engkau, emak dan adik perempuan engkau. Semoga roh engkau di tempatkan dalam kalangan umat yang beriman :') selamat tinggal sahabat.

4 comments:

alonso.apoyar said...

Al-fatihah buat arwah Ahmad Roskarnain. Malam jumaat dah ni :( hampir seminggu kau pergi tingalkan kami.

Unknown said...

sad entry . alfatihah

Vee said...

Whoahh... Menyentuh hati betul entry ni. Stay strong aite.. :)

alonso.apoyar said...

::~♥ Lynn Abd Aziz ♥ ~::
terima kasih :/ Al fatihah

Vanessa Leah
Almost one week arwah dah pergi :'( okay tq