Ambil Kesempatan -,-'

Assalamualaikum wbt.
Brrbb-,-' sihat? macam mana harini? -,-' harini adalah hari ahad yang terbaik bagi aku! bagi kaurang ape cerita? Semenjak dua tiga menjak ni macam macam barang dekat rumah aku hilang, nak kata kena rompak tak jugak. Tapi kebarangkalian tu besar la jugak, sebab dekat taman aku ni tempat febret penjenayah terunggul menggiatkan aktiviti mereka seperti memecah masuk dan meng-skodeng anak anak dara melalui tingkap di mana tangki air berada. 

Okay berbalik kepada niat utama aku menulis entry pada harini, dah seminggu aku mencari card/memory reader aku. Berpulun pulun aku mengerah keringat, merata tempat dalam rumah ni aku cari dia. tapi tetap takjumpa jugak. So, pada ahad yang mulia ni tepat jam 6:30 petang aku berkomplot haha,komplot le sangat kan  dengan kawan aku untuk membeli card/memory reader yang baru. Aku taktahu le kenapa aku hidup tak tenang tanpa dia walhal dekat laptop ni ade bluetooth :D 

Setibanya aku dikedai DakBulat, aku menunjuk terus reader yang berkilau kilauan tu sambil mengeluarkan wang dari poket sejumlah rm15 padahal aku tahu harga dia rm10 <--sumber dari kawan aku. Ok, mari ke puncak entry! ~sedang aku nak bayar tu, sang manusia durjana ni cakap harga dia rm15, mentang mentang aku keluar duit banyak tu, Haishh! nasib baik kau tu orang tua.. aku cuma mampu kasi malu je kat kau orang tua :D tersipu malu kau ea. dushhdush~ lain kali jangan sesuka hati toknenek kau je nak tipu aku, mahupun orang lain.

Itu jelah, ingat ea! jangan ambil kesempatan kalau taktahu nak ambil kesempatan.haha, faham faham la sendiri. Bye, esok aku ade meeting. Almaklumlah, aku orang penting. kan kan :D

2 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

hihi...padan muka tokey tu
mesti dia malu
tu la akibatnya

alonso.apoyar said...

heehee. memang padan muka pon! ;p