heyhoo mother rose!

SPECIAL ENTRY FOR:ROSIAH@ROSE BINTI JALIL




Selamat Hari Lahir,
Ku ucapkan kepada mu. 
Semoga Yang Maha Esa panjangkan umurmu selalu, 
betapa riangnya menanti di saat ini. 
Ku harap kita dapat meraikan bersama-sama di sisi ahli keluarga. 
Selamat hari lahir sekali lagi ku ucapkan.
Kini diriku telah mendewasakan usiamu, 
kini kau menanti pelangi kehidupan secerah mentari memancari bumi.
Tak dapat ku lupakan segala kenangan manis kita bersama sambut-menyambut  
mesra penuh keriangan. 
Berdendanglah iramaku dengan mesranya di hari lahirmu yang paling bahagia 
yang tak dapat ku lupakan buat selamanya.
 Tiap detik beredar silih berganti dengan hanya setahun sekali dan
 kau menanti bagaikan sejarah yang tersemat di sanubari. 
Kali ini, kami sekeluarga bersama-sama meraikan hari lahirmu
 dengan penuh semangat kecintaan. 
Kecintaan kepada Yang Maha Esa, 
kecintaan kepadamu wahai emakku,
 dan kecintaan kepada tanah airku, Malaysia.
 Di kesempatan ini, bersamaan tarikh 16September2011,
 inginku ucapkan Selamat Hari Malaysia kepada
 seluruh rakyat Malaysia di seantero dunia. 

 Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah MelayuBorneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan
masa membuat pungutan suara di Borneo Utara. Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2o1o, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
with love: lyana kamarulzaman

1 comment:

alonso.apoyar said...

MAK,
Thank you for everything that you have done to me.
You give me your heart and soul.
No words can describe how much and how far i love you.. :')