REVIEW | KIL

Assalamualaikum wbt.
Memang tiap kali intro dalam entry aku akan kata, "lama dah tak update, busy dengan segala kerja dan assignment". Masak dah. hahaa.. Seriusshitt! memang busy yang amat. Lagi lagi dalam short semester kalini, 7 minggu je nak kena catch up 3 subjek cecepat. Sekali skip kelas macam macam boleh ketinggalan. Dah busy dengan assignment tambah lagi dengan segala macam event nak kena manage untuk diploma show senior, hari unesco. Tambah lagi dengan tugas biro penerangan dlm MPP yang aku kena pikul ke sana ke mari. Berat ohh berat! berat berat pun macam macam aku dah belajar. Macam macam ilmu plus pengalaman aku dah dapat..

Memang dah lama aku ngidam nak tonton filem KIL ni, mengidam dia lain macam. Kalah idaman ibu yang tengah sarat mengandung, hahaa. Masa filem ni keluar panggung, aku dengan family ontheway ke Langkawi bercuti sat. Dari dalam bas masuk ke feri sampai ke sana rasa macam tak tenang je hidup selagi tak dapat tengok.. parah. 

Semalam punya semalam|5Jun2013|Rabu, lepas habis kelas penulisan skrip terus cari Andy minta dia drive kan aku ke gsc aeon bandaraya melaka. Beberapa kuncu yg lain turut ikut lepas aku puas paksa, kalau takpun aku boleh je jalan kaki sorang sorang semata mata dengan niat yang suci tulus mulus dan murni nak pergi tengok filem ni. Tengok betapa mengidamnya aku ni..

Okay, kembali pada REVIEW | KIL. 
SINOPSIS FILEM KIL
Akil, seorang pemuda pendiam dan menghadapi tekanan hidup mengambil langkah mudah untuk membunuh diri sebagai jalan penyelesaian mengakhiri kehidupannya. Walaupun telah banyak kali mencuba untuk membunuh diri tetapi tidak pernah berhasil. Suatu hari, Akil menemui iklan mengenai sebuah organisasi ‘ Life Action Bureau ‘ (LAB) yang dapat membantunya mencapai matlamat untuk menamatkan riwayat hidupnya. Setelah terikat dengan terma dan syarat dengan LAB, Akil telah bertemu dan jatuh cinta dengan Zara, seorang gadis cantik dan periang yang telah memberikannya sebab dan sinar baru untuk meneruskan kehidupannya di dunia. Kini, Akil perlu mencari jalan penyelesaian untuk membatalkan perjanjian dengan LAB sebelum dia di bunuh!

 Akil | Redza Minhat
 Zara | Cristina Suzanne. dari program tv Pilih Kasih

Alhamdulillah, they did this film well. Dalam masa 11 hari je penggambaran dan hasil dia! mesej dia! worth it.. even jalan cerita agak slow buat aku tongkat kepala atas seat depan. Tahniah pada krew produksi pelakon dan pengarah. Tiap scene yang keluar still takboleh aku lupa, sebab memang deep lah alahai..ramai dok tanya "Eh, best ke cerita dia? Eh, macam bosan je" Nak tahu macam mana tengok sendiri~ Penuh persoalan lagi buat kita nak tahu selanjutnya macam mana kesudahan dia. Penulis lakon layar sekaligus merangkap sebagai Tuan Pengarah sibuk dok main kejar-kejar dengan para penonton. Itu yang best. Banyak kelainan dari filem filem yang lain. Bermula dengan sebuah filem indie, KIL meningkat naik sebagai filem yang dikenali ramai. Juga buat aku tertanya tanya, macam mana sambutan bila filem ni keluar.. Not bad, kata orang sambutan agak meriah. Dah lebih kurang seminggu cerita tu keluar still ramai berpusu pusu berbaris beli tiket termasuk lah aku, hahah. Opening agak menggeli sikit bila part akil pujuk awek jangan terjun bangunan..plot cerita diteruskan dan nak tiba kemuncak agak pelik sikit bila pengarah flashback-kan scene akil terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan ibu dan adik dia terkorban. sebelum tu, akil ada contact mak dia ada borak dengan adik dia. but then, rasanya itu semua halusinasi atas sebab akil punyai masalah depress, kesunyian..takde teman. 

Aku suka part bos akil panggil nak bagi bonus tu kelakar dok nyanyi lagu omputeh kemain lagi, part officemate dia kasi kuih bulat-bulat dalamnya ada sardin makcik buta jual kat bawah, part dalam panggung diorang pergi tengok wayang Dunia Tanpa Esok, part wartawan yang sentiasa mereka-reka gossip untuk mensensasikan rancangan TV mereka, part diorang lepak kat rooftop, part zara bisik dekat akil, dan part akil jadi paranoid dekat sesiapa yang lalu lalang depan dia yang kengkononnya akan bunuh dia.. 

Okay tak boleh cerita penuh, nanti jadi spoiler! :D hahaa..nak tahu pergi tengok sendiri. support sikit our local film. Ada pengajaran ada input, so boleh aku mantapkan skill dalam kelas penulisan skrip dan lakon layar.