RASUK MINDA

Assalamualaikum wbt. / Salam Sejahtera sebagai pembuka bicara kata. Kata kata yang barangkali tak akan siapa dapat faham, yang barangkali pembaca akan tertanya tanya "eh! apa ni, kenapa ni, sebab apa ni, pelik nye ni" dan jika benar harap aku dimaafi. Dan ini cuma luahan hati yang serabut kabut, yang aku sendiri taktahu apa dia yang sedang bergulir mundar mandir melalui minda. Hampir kerap kali aku akan rasa macam ni bilakala aku duduk sendirian dan tiba tiba dia datang merasuki minda rasanya seperti berselirat serta terikat. Juga bilakala dia datang merasuki minda aku terus terkedu terkapai kapai seperti seseorang yang kelemasan dalam berjuta titisan himpunan air. Cuma dua cara untuk aku pulihkan rasa ni, pertama ambil wudhu' serta solat dan keduanya aku cari lagulagu yang cuma main melodi menjiwa macam yang sedang berkumandang sekarang dekat belog ni >|leech-inspiral|. Bila rasa berselirat sangat aku terus lelehkan airmata dengan sengaja untuk lepaskan segala apa yang aku rasa. Memang takkan ada siapa faham tentang apa yang aku rasa melainkan Allah SWT Yang Maha Berkuasa atas segalanya. Aku bukan jenis yang meraih pendapat dekat orang lain tentang apa yang aku rasa, dan bila kadang kadang aku termeraih diaorang cuma beri respon yang sama >> "sabarlah" << itu tetap tak mendatangkan apa apa! juga barangkali itu apa yang aku rasa semua kerja hasutan syaitan iblis laknatullah yang cuba nak menghasut aku. Astaghfirullahal'azim :'| apa semua ni.

3 comments:

Syarafi[skyforce331] said...

ambik Wuduk n solat is better :)

alonso.apoyar said...
This comment has been removed by the author.
alonso.apoyar said...

ada buat jugak =))