ARTWORK II | HAND.GIF

Assalamualaikum wbt.
#bacalah dengan nada patriotik yang menunjukkan anda sayangi bahasa ibunda kita semua. Selamat Hari Raya Aidiladha lagi kepada semua. Takbir raya masih lagi bergema di mana mana. Macam mana raya anda? raya saya baik baik sahaja :D biasalah tiada kampung halaman yang betul betul kampung lah ya. Untung lah anda anda yang punyai kampung halaman yang betul betul kampung. Saya punya kampung tidak lagi ada kerana kedua belah ayah jugak emak saya punya ibu bapa sudah tiada. Semuanya tinggal kenangan sahaja. Haaa, bagaimana dan bagaimana baku terasakah di bibir anda? ha ha ha, terima kasih kerana bersusah payah membaca intro nya.

Hokeh, bila taip atau baca ayat ayat baku Bahasa Malaysia ni rasa cinta kepada negara semakin membuak buak pulak. ngahngahhh, tapi bila datang tang politik yang entah hapee hape tu semangat nak tinggal dekat angkasa lepas semakin mendadak badak :p Sekali kau cakap pasal politik sana sini, seribusejutaempatpuluhlimaringgitenamposen aku balas segala galanya weh. Bukan nak cakap hapee lah kan, haishhh. takyah lah cakap lagipun aku tengah menaip bukan nye bercakap pun kan. Okeh, kalini intro panjang bagai nak rak padahal aku nak tunjuk artwork aku je untuk kelas asas seni yang kian lama tertunda nak tunjuk dekat lecturer, last last nanti final lah aku tunjuk jawabnya. 

Atas tu nama dia stop motion animation. Satu satu aku draw kau tahu? penat! hahaa.. bila dah scan nak buat gif ada je garis garis yang tertinggal, ulang lagi dan lagi dan lagi lagi. Mencabar tahap kerakusan, yang aku draw atas ni ada 25 helai. Atau nama lain dia, 25 frame. Cara atas ni merupakan cara pertama orang terdahulu buat animasi, cerita charlie chaplin tu pun kategori stop motion jugak.. rasa bodoh bodoh kan cerita dia, tapi nak buatnya perghhh beratusan keping gambar dorang shoot untuk buat cerita. Lepastu benda atas ni kalau aku tunjuk dekat sir aku katanya takdelah perfect mana, haprekk jawabnya. :D aku tahu dah, aku tahu dah. Nanah nanah telinga jadinya.. Lepasni siapa siapa yang nak masuk icym amek kos dip animasi bersedia lah ye, fikir beribu kali :P 

okay lah pukul 5 dah ni. nak nengok statik kat tibi tiga...bye!

4 comments:

Syarafi[skyforce331] said...

fi pun ada gak pernah buat stop motion :D

http://www.youtube.com/watch?v=Wv6mrq15YXI&feature=g-upl

hazfee said...

pandai lu buat tapiiiii. hahaha. mcm ada sesuatu yg pelik

lyana kamal said...

hahaaa, okay fi. dah nengok pn :p

lyana kamal said...

apa lu hazfee? :D apa yang pelik? gua bakar kedai kopi lu karang :p