Kita Perang Kita Menang

Assalamualaikum wbt.
 Pftt, rasa macam dah berbulan tak publish entry baru TT__TT *nangis bertubi tubi* Sebenarnya banyak benda yang aku nak cerita tapi apakandaya jari jemari ni kurang rajin nak menari nari. So hows you you you and you? adakah hari hari anda berlalu dengan begitu ummphh (Y) And YES harini genap satu tahun tiga bulan relationship aku bersama superhero tercinta tersayang terbaik punyaa. Weee, hopefully relationship kami berkekalan sehingga ke akhir hayat :') aminn. pray for us okay superbb readers semua, i'll appreciate it.

Next, tudiaa kat atas gambar aku di mcd sebelum ke kolej untuk mengambil pointer dan mendaftarkan diri untuk semester yang kedua. Wuuu, sedar tak sedar aku berserta rakan se-batch dah dapat title senior :p walaupun junior kami sebaya -,-' .. Pointer aku Alhamdulillah syukur ke-hadrat Illahi setelah aku berperang habis habisan akhirnya aku menang :) dan pointer aku highest dari coursemate yang lain. Tak sangka pula sebab aku study takdelah gila gila mana, duduk dewan exam pun mostly aku keluar awal. Lagi lama duduk macam macam setan hasut suruh tukar jawapan nanti. hhaha :D lebih baik keluar awal duduk tercongok sorang sorang dekat luar dewan sambil tunggu rakan rakan yang lain.

Untuk sem kedua lebih mencabar dol -,-' ade subjek english1, asas pergerakan animasi, pengenalan animasi, asas pendidikan seni, mencipta  dan mereka bentuk watak, pergerakan bibir dan kokurikulum1. Brrr, sem satu dua je subjek, satu subjek lagi dah pindah kredit. Koku nanti insyaallah aku join kelab muzik atau pilihan kedua kelab pelancongan <-- still survey lagi.

Lastly, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat yang ada di seantero dunia. Semoga ramadhan anda pada tahun ini lebih bermakna dan berganda amalan baik yang bakal anda lakukan. Salam Ramadhan Al-Mubarak Y(^__^)Y

4 comments:

f's said...

assalamualaikum . happy fasting too robot :))

lyana kamal said...

waalaikumsalam wbt :)
thank you, hebat kan robot berpuasa. haha

Dhea Rana Puspita said...

haai salam kenal ya:). blognya keren deeh:D. btw aku udh follow kamu nih hehe minta follbacknya boleh :)

lyana kamal said...

Hii salam kenal juga Dhea Rana Puspita :)) I've done follow yours. thank you for being here \m/