tidak semua hal itu miliki guna

"Saya percaya tidak semua hal itu memiliki guna, dan karena itu saya percaya selalu ada yang sia-sia pada hidup kita."  -AmienKamil-

Dan masa yang aku fikir berguna untuk kita sudahpun berlalu dalam jangka masa agak panjang, sepertinya kita baru bercanda sama pada tiap tiap malam yang sudah. Pada setiap sepertiga malam kita selalu menabur kata kata, banyak di antaranya yang indah indah belaka. Sepanjang kita jalin rasa yang sama, pelbagai soal pernah kita aju untuk bahas meluru ke jawapannya; adakala ada bergunanya, adakala ia perit sakit tak terkata. Dan pada tiap tiap sepertiga malam yang sudah, kita seringkali menghadap muka untuk meraih lagi rasa cinta yang kian pudar, kita tabur lagi rasa untuk perkasa kan rasa yang pernah kita bina di suatu ketika lama. 

Aku, Kau- kita makin gagal. gagal untuk percaya pada tiap diri kita. Kita cuba sedaya upaya, bukan? Kita masih punya rasa untuk bersama, bukan? persetan kan bisik bisik shaitan. aku berjaya engkau berjaya kita berjaya. -mari kita teruskan. kita kecap semula bahgia rasa, hari melangkah hari sekali lagi kita dua jadi goyah meronta ronta menangis berbaur kecewa. mana perginya hasilguna untuk kita bersama, untuk kita bersama dalam keadaan sah seperti yang telah kita janji di setiap sepertiga malam yang sudah. Ah, sebenarnya kita tidak lagi punya rasa. aku tidak lagi punya rasa untuk kecap bahgia itu bersama kamu. ya, aku cuma risau untuk tinggalkan masa lalu yang telah kita bina dulu- aku sayang itu. walau kita masih belum jumpa kesempatan bersama menjejak tanah rata menghadap mata ke mata. kita tak lagi daya. Senyum yang engkau kerap beri pada aku dulu makin hari makin hilang rasa ikhlasnya. Ogos mendengar rintih kita. kita sedia untuk lepas rasa yang sia sia kita bina haha. kita gagal kita bunuh masa! kita berjaya? dan tiada guna. 

Cita yang aku lakar untuk jumpa si tukang ukir bahgia makin lama makin kunjung tiba, makin ramai yang mahu menjadi tukang ukir rasa rasa bahgia buat aku. Aku takut, di ulang nya lagi seperti hal hal kita. Bodoh aku cuba melawan rasa yang di akhirnya sekali lagi kecundang tanpa kata, semua bodoh bodoh bodoh menipu rasa belaka, si pengukir yang celaka tidak sudah melempar rasa rasa pada tiap manusia yang punya hati untuk merasa bahgia. Untuk sekarang, aku cuba sedaya upaya melawan durjana rasa yang entah apa apa. tidak ada gunanya aku berdiam tanpa membina rasa untuk bahgia kan lagi rasa cinta pada jiwa pada diri mahupun cinta aku pada diri sendiri belum jumpa penyudahnya lagi. Harap di suatu hari nanti, bakal aku jumpa si pengukir yang punya ikhlas pada jiwa juga pada senyumnya. 

11DECEMBER2013



Review Album Betrayal | Provokasi : Perimeter Breach



Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu semua.semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik baik belaka.semoga semuanya sihat gembira.semoga semuanya ikhlas membaca review aku, begitu lah hendaknya. Review di-tulis atas permintaan orang kuat Perimeter Breach, Afiq--juga atas keikhlasan dari aku untuk membantu memperkenalkan Perimeter Breach kepada orang ramai. Pada 30 31ogos-1sept yg lepas, aku datang kolumpo pergi gig #frompoptometal2 dekat insider space dan alang alang dah dekat kolumpo aku jumpa afiq-duduk sembang depan depan for the first time dekat mcd kl sentral and he asked me to promote Perimeter Breach's first album. Afiq passed 2 cd album Betrayal | Provokasi- satu untuk aku dan satu lagi nanti InshaAllah akan pass pada kengkawan. Jadi, izinkan aku start review ya, sempoi dan tak baku mana--kalau agak baku sori lerrr haha.

Betrayal | Provokasi merupakan album pertama keluaran band Perimeter Breach yang membawa muzik bergenre metal. Band ni berasal daripada Subang Jaya, Kuala Lumpur dan mempunyai 5 orang bandmates antaranya ( Ejud - Vocals| Afiq - Guitars|  Walter - Guitars|  Jien - Bass|  Faidhi - Drums). Album pertama daripada band tersebut menampilkan 10 buah lagu yang bertajuk 4 Months Later, Rendering, Pintu Gerbang, Notasi Suara, Korupsi, Citra Perwira, Rewind, Apathy, Hijrah dan Permulaan. Kesemua sepuluh lagu bila dengar terasa padu gila- kombinasi melodi dengan lirik aku boleh kasi rate 4.9/5.0 bintang. Aku kagum dengan dorang, first album dah release sepuluh lagu terus. Cover cd baik berkualiti, siap kepilkan lirik dan maksud lagu lagi tu- smart designnya :D- berani gila, kalau aku nak kena fikir berjuta kali takut nak tanggung risiko yg mcm mcm bakal jadi. Kebiasaanya first album band band selalu release at least 3-4 lagu je. Apa pun aku cukup respect dengan Perimeter Breach ni.

Untuk lagu 4 Months Later durasi dia 0:14sec, ye kejap gila cuma melodi, tak ada vokal. 4 Months Later kira macam intro untuk album ni yang ambil masa 4 bulan untuk di siapkan- then terus gabung dengan Rendering durasi selama 04:11, maksud lagu Rendering ni tentang keberanian dalam memerangi pemimpin yang hanya pentingkan diri dan rasuah semata. Di-gabungkan lagi dengan lagu bertajuk Pintu Gerbang durasi 0:36sec, lagu ni pun cuma melodi semata dan membawa erti tentang permulaan hidup kita. Notasi Suara durasi 3:46sec pula membawa makna mengenai suara suara dan permintaan rakyat kepada negara, juga tentang suatu perubahan besar yang bakal mendatang dari semasa ke semasa--beranikah kita hadapi benda baru atau terus menerus jatuh di timpa impian impian palsu. Korupsi berdurasi selama 2:48sec dan membawa makna tentang peperangan diantara parti parti politik juga manusia. politik ada saja dekat mana mana hinggakan dekat tempat yang kita tak expect pun ada--bila kita dalam keadaan down jarang ada orang backup kita tapi bila kita pemes ada je sana sini orang datang sanjung untuk tumpang populariti sama.   

Citra Perwira durasi 3:24sec yg membawa pengertian mengenai keikhlasan hati dalam membantu orang orang yang memerlukan pertolongan, tak kisah dari golongan apa pun kita, kita harus ikhlas membantu- pedulikan kata orang yang memandang serong dgn keikhlasan kita yang penting Allah swt tahu niat kita macam mana. Rewind durasi 3:16sec yang agak lain sedikit sebab bawaan dia lebih ke arah beat elektronik, masih tidak menghampakan- masih boleh diterima oleh aku hihi. Lagu Rewind ni lirik dia simple je dan ulang ulang maksud dia tentang saat kita susah dan bahagia jangan kita lupa kepadaNya. Apathy durasi dia selama 4:57sec, yang membawa erti mengenai perasaan amarah terhadap penzalim yg menzalimi kaum wanita, yg membunuh kanak-kanak tak berdosa, yg menghukum orang tanpa soal periksa, yg berlaku tidak adil pada seluruh manusia dunia- juga untuk mereka yg ingin merasa erti kebebasan. Hijrah durasi 4:13sec adalah lagu mengenai penghijrahan yang betul bagi setiap hamba Allah yang perlu mempunyai pegangan yg kuat tentang asas asas agama supaya tidak hancur pemikirannya kelak. Akhir sekali adalah Permulaan yg berdurasi hanya 0:38sec dan akan disambungkan pada album kedua nanti.

Sekian, itu saja review dari aku. 
Goodluck Perimeter Breach ;D