tidak semua hal itu miliki guna

"Saya percaya tidak semua hal itu memiliki guna, dan karena itu saya percaya selalu ada yang sia-sia pada hidup kita."  -AmienKamil-

Dan masa yang aku fikir berguna untuk kita sudahpun berlalu dalam jangka masa agak panjang, sepertinya kita baru bercanda sama pada tiap tiap malam yang sudah. Pada setiap sepertiga malam kita selalu menabur kata kata, banyak di antaranya yang indah indah belaka. Sepanjang kita jalin rasa yang sama, pelbagai soal pernah kita aju untuk bahas meluru ke jawapannya; adakala ada bergunanya, adakala ia perit sakit tak terkata. Dan pada tiap tiap sepertiga malam yang sudah, kita seringkali menghadap muka untuk meraih lagi rasa cinta yang kian pudar, kita tabur lagi rasa untuk perkasa kan rasa yang pernah kita bina di suatu ketika lama. 

Aku, Kau- kita makin gagal. gagal untuk percaya pada tiap diri kita. Kita cuba sedaya upaya, bukan? Kita masih punya rasa untuk bersama, bukan? persetan kan bisik bisik shaitan. aku berjaya engkau berjaya kita berjaya. -mari kita teruskan. kita kecap semula bahgia rasa, hari melangkah hari sekali lagi kita dua jadi goyah meronta ronta menangis berbaur kecewa. mana perginya hasilguna untuk kita bersama, untuk kita bersama dalam keadaan sah seperti yang telah kita janji di setiap sepertiga malam yang sudah. Ah, sebenarnya kita tidak lagi punya rasa. aku tidak lagi punya rasa untuk kecap bahgia itu bersama kamu. ya, aku cuma risau untuk tinggalkan masa lalu yang telah kita bina dulu- aku sayang itu. walau kita masih belum jumpa kesempatan bersama menjejak tanah rata menghadap mata ke mata. kita tak lagi daya. Senyum yang engkau kerap beri pada aku dulu makin hari makin hilang rasa ikhlasnya. Ogos mendengar rintih kita. kita sedia untuk lepas rasa yang sia sia kita bina haha. kita gagal kita bunuh masa! kita berjaya? dan tiada guna. 

Cita yang aku lakar untuk jumpa si tukang ukir bahgia makin lama makin kunjung tiba, makin ramai yang mahu menjadi tukang ukir rasa rasa bahgia buat aku. Aku takut, di ulang nya lagi seperti hal hal kita. Bodoh aku cuba melawan rasa yang di akhirnya sekali lagi kecundang tanpa kata, semua bodoh bodoh bodoh menipu rasa belaka, si pengukir yang celaka tidak sudah melempar rasa rasa pada tiap manusia yang punya hati untuk merasa bahgia. Untuk sekarang, aku cuba sedaya upaya melawan durjana rasa yang entah apa apa. tidak ada gunanya aku berdiam tanpa membina rasa untuk bahgia kan lagi rasa cinta pada jiwa pada diri mahupun cinta aku pada diri sendiri belum jumpa penyudahnya lagi. Harap di suatu hari nanti, bakal aku jumpa si pengukir yang punya ikhlas pada jiwa juga pada senyumnya. 

11DECEMBER2013



5 comments:

khairulsyarafi said...

woah!! :O

Jenny Pa-un said...

i like this.

.::: Princess MOMOY :::. said...

urm....momoy baca dan sangat terkesan jauh di lubuk hati. =(

Suana Zhar said...

jemput join segmen...

http://suanazhar.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html

Unknown said...

Тут- зрелые проститутки Одессы
Блондинка с роскошной фигурой и длинными ногами! Я само воплощение сексуальных фантазий! Приходи и мы воплотим все фантазии вместе! Круглые даты напоминают человеку, что пора закругляться.